Thursday, June 25, 2009

Makanan membentuk peribadi manusia?


Benarkah makanan yang kita makan setiap hari itu yang akan menentukan peribadi insan, sama ada dia akan menjadi seorang pemimpin yang baik, adil dan amanah, atau sebagai seorang penjenayah, perompak atau pemecah amanah? Di manakah kebenaran dan keberkesanan makanan tersebut dalam memberikan implikasi terhadap keperibadian manusia, khususnya sebagai muslim yang beriman dan beramal soleh?

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan." (Al-Baqarah:168)

Dalam kitabullah telah nyata, terang dan jelas menyatakan bahawa sekalian manusia makanlah apa yang ada di muka bumi ini, tetapi hindari dan jauhilah daripada makanan yang telah jelas keharamannya dan jua jauhilah daripada makanan yang syubhah.

Wednesday, June 24, 2009

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan untuk mengisi maklumat2 dalam blog ini. Walaupun hanyalah sekelumit daripada ilmu2 yang terdapat di dunia ini, harapnya dan kumohon ia akan diberkati dan dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t. Amin.

Untuk posting kali ini, diselitkan sedikit maklumat mengenai rahsia pemakanan ahli2 bijak pandai Islam yang dikaji dan terdapat dalam kitab2 lama atau tradisional dalam bahasa Arab. Formula pemakanan ini mula dikaji oleh para ahli sains sama ada saintis Islam mahupun saintis barat untuk membuktikan kesahihan formula pemakanan ini. Khususnya terhadap susu,madu, kismis, dan telur. Semoga sedikit sebanyak kebaikan yang terdapat dalam formula makanan ini akan menjadi amalan kita bersama, malah ia merupakan antara makanan sunnah Rasulullah s.a.w.

Thursday, June 18, 2009

Titik permulaan...

Makanan dan industri.... semakin luas diperkatakan. Tanpa sedar, setiap apa yang masuk ke perut kita, itulah inamakan makanan. X kiralah ianya asasi atau tambahan, ia tetap akan dihadam dan dicerna oleh perut, esofagus, enzim serta organ2 dan metabolisma yang lain. Sedar dan tak sedar jua, makanan bakal membentuk siapa peribadi kita. Sihat atau sakit kita... bergantung kepada apa jua yang kita telan dan makan. Nak x nak, we should know this is a fact about the gorgious name, FOOD...