Thursday, June 25, 2009

Makanan membentuk peribadi manusia?


Benarkah makanan yang kita makan setiap hari itu yang akan menentukan peribadi insan, sama ada dia akan menjadi seorang pemimpin yang baik, adil dan amanah, atau sebagai seorang penjenayah, perompak atau pemecah amanah? Di manakah kebenaran dan keberkesanan makanan tersebut dalam memberikan implikasi terhadap keperibadian manusia, khususnya sebagai muslim yang beriman dan beramal soleh?

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan." (Al-Baqarah:168)

Dalam kitabullah telah nyata, terang dan jelas menyatakan bahawa sekalian manusia makanlah apa yang ada di muka bumi ini, tetapi hindari dan jauhilah daripada makanan yang telah jelas keharamannya dan jua jauhilah daripada makanan yang syubhah.



Mengapakah mesti mencari makanan yang halal?
Makanan yang halal ialah makanan yang telah terjamin kesucian dan kebersihan sumber makanan tersebut. Malah, bagi haiwan yang mempunyai 2 urat marik di lehernya, seperti ayam, lembu dan kambing, mestilah diniatkan kerana Allah dan membaca Basmallah sama ada secara lafaz ataupun di dalam hati. Makanan yangt halal juga dapat menghindari kita daripada sebarang penyakit, apabila kita tidak mengambilnya secara berlebihan. Contohnya, ayam yang dimakan dengan kuaniti yang sederhana dapat menambahkan tenaga dan menghasilkan haba di dalam badan. Tetapi, jika diambil secara berlebihan, ia akan menambahkan kalori dan lemak dalam badan. Jadi, badan akan mudah naik dan menyumbangkan kepada penyakit obesiti.

Berbalik kepada tajuk, memang sebahagian daripada keperibadian manusia (khususnya muslim) adalah terbentuk daripada sumber makanan yang diambil. Mereka yang menjaga kehalalan dan keharaman sumber makanan yag diambil akan menjadi keperibadian mereka lebih ke arah melakukan kebaikan dan memelihara diri dari melakukan maksiat dan perkara yanng mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Doa mereka yang menjaga aspek halal dan haram jua akan terjamin diangkat doa yang dipohonkan, dengan keizinan jua dariNya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
" Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah"

Di sini telah terang dan jelas bahasanya keperibadian seorang muslim itu jua bergantug kepada apakah kandungan yang di makannya. Jika datangnya dari sumber yang baik dan halal, pasti peribadi yang akan terbentuk mampu menjadi seorang yang berhati mulia, sentiasa memenuhi diri untuk melakukan kebaikan. Begitu jua sebaliknya. Makanan yang haram bagi seorang muslim/muslimah bagaikan racun yang sentiasa menanti untuk membunuh kita. Lambut laun, kesan makanan tersebut tersebut akan merebak, dari peribadi yang tidak ke arah kebaikan, sehinggalah ke anak cucu yang diwariskan. Nauzubillah. Ingatkah kita kisah saidina Abu BAkar yang sanggup memuntahkan kembali susu yang diminumnya, hanya kerana tidak mengetahui dari mana sumber datangnya? Malah ada riwayat yang mengatakan dari sumber yang tidak halal. Wallahualam.

Walaubagaimanapun, semua kekurangan ini dapat dibasmi jika kita sentiasa berwaspada dengan apa yang kita makan dan jua minum. Ibarat kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berusahalah mencari yang halal, kerana itu amatlah baik bagi kamu dan juga anak bangsa kita, yang semakin rencam kehidupannya pada ketika ini…

No comments:

Post a Comment