Thursday, June 18, 2009

Titik permulaan...

Makanan dan industri.... semakin luas diperkatakan. Tanpa sedar, setiap apa yang masuk ke perut kita, itulah inamakan makanan. X kiralah ianya asasi atau tambahan, ia tetap akan dihadam dan dicerna oleh perut, esofagus, enzim serta organ2 dan metabolisma yang lain. Sedar dan tak sedar jua, makanan bakal membentuk siapa peribadi kita. Sihat atau sakit kita... bergantung kepada apa jua yang kita telan dan makan. Nak x nak, we should know this is a fact about the gorgious name, FOOD...



Sedikit pengenalan mengenai blog ini. Diklasifikan sebagai umum dan terbuka. Boleh dilihat, memberi pendapat,pandangan, komen serta tambahan kepada setiap artikel yang akan dan bakal diterbitkan. Kalau mana2 pengunjung yang ingin memberikan tajuk yang ingin dibincangkan, jua dialu-alukan.

Sebagai aspek pembelajaran yang masih pesat dilaksanakan, masih sedikit rasanya ilmu yang akan dan bakal dikongsi. Apa2pun diluahkan jua agar ilmu yang sekelumit itu dapat kita kongsi bersama dan menyampaikan apa yang benar dan patut disampaikna. InsyaAllah.

Kekuatan jua pada blog ini adalah harapan yang tinggi dalam menyampaikan ilmu yang tersimpan di benak sanubari... yang kadang2 ada, kadang2 hilang dibawa arus masa dan nanti. Sebelum ia pergi, maka lebih baik disimpan kemas2 dan kemudian diberi. Meja peperiksaan bukanlah tempat ia menghilangkan diri, tetapi tempat ia meluahkan isi dan maklum balas informasi. Jua, agar pahala dan ganjaran diberi sebagai pulangan nanti, InsyaAllah.

Kekuatan lain bagi melaksanakan blog ini ialah ia akan menjadi sumber inspirasi dalam meneruskan perjuangan dalam aspek pembelajaran. Di samping memupuk minat yang mendalam untuk mempelajari pelbagai aspek2 dalam bidan makanan. Dari seasas-asasnya tentang makanan, sehinggalah mengetahui kualiti dan stuktur perkilangan yang dijaga kualitinya dalam industri makanan. Selain itu, ia juga menjadi titik tambah kepada harapan dan perjuangan yang bakal kuteruskan, iaitu sehingga ke postgraduate MASTER dan PhD! InsyaaALLAH...

Fi kulli hal, diharapkan jua segala teguran membina akan disampaikan. Agar tak lupa dan tak leka dalam menyampaikan sesuatu bahan, maklumat dan jua ilmu.Setiap yang baik datangnya daripada ALLAH, setiap yang buruk datangnya daripada jua ALLAH yang diwasilahkan kepada diri hambaNya yang lemah ini... Selamat!

No comments:

Post a Comment